Tuesday, February 2, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA....


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa
baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,
perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh
Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta
izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari
lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas
yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita
?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya ,
manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana
pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita
jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di
sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah
istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu
menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat
pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah
kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika
kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,
sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala
yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan
manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk
membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai
pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar
bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan
setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak
terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal
seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada
perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia
paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud
lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan
dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya..
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit
dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan
mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung
ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan
elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya
lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ
peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan
darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima
pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur
darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah
diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong,
riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan
migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di
sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan
sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang
tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di
hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi
dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang
siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

No comments: