Sunday, October 31, 2010

Sardin... Oh Sardin... EeeehhMMM....



SarDin... Oh Sardin... Ngidam aku jadinya.. Ketika Saat ini, tiba-tiba aku mengidamkan Sardin yang dimasak bersama-sama rakan ku disaat kami di GIATMARA Sg. Besar.. Perh.. Memang sedap.. Tiada Yang setandingya... Apa?? Nak Ingredient....... No...No... Secret.. hihihi


Korang pun suka makan sardin kan.. benda paling senang nak masak..
Bukak Tin, HidupKan Api Kuali, MasukKan Minyak Sikit, TuangLah dalam Kuali Yang Panas Tadi.. Gaul-gaul... siap lah.. Nak sedap, Letak Lah garam sikit, bubuh Bawang.. Perh... EnakNya...


Selama Aku Makan Dari Kecik Sampai Laa Nie[kecek utara tue.. hehe] , Aku Tak Pernah Pun Taw Ikan Sardin Nie Ikan Apa Sebenarnya.. Dari Mana...

Ye..Ye.. Aku taw.. Sardin Marina Nie Berasal Dari..... [Iklan Sardin Marina Kat TV3.. Lama Tak Tengok.. Kalo Ingat, Bagitaw lah]...
Revolusi Sardin-->
Dari yang biasa masa zaman dolu-dolu sampai lah sekarang.. Ada DHA lah.. tapi itu semua xperlu bagi aku.. Kerana Bagi KU adalah mesti sedap... haHahA....

Aku Nak CeRiTa BenDa Len Nie.. Tentang Keburukan Ikan Sardin Terutama Dalam TIN...

Kisah Pertama :

Kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Kisah Kedua :

Beliau suka dan kerap makan sardin. Seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia 3 bulan kalau tidak silap saya . Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Latihan @ HomeWork :

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
# Sedikit Resepi Yang Nampak Macam Sedap =>  Ikan Sardin Goreng CIli Api , Gulai Ikan Sardin , Ikan Sardin Masak Lemak

Kaedah Untuk Memboikot Pemakanan Sardin :
SarDin Tahi. Rasanya Tidak Setanding Sardin Cap Ayam Or Sardin Marina.
p/s : makan sardin @ meggi boleh tapi jangan lah kerap.. setakat 2 tahun sekali, ok lah kan.. hehe. mari kita berubah bersama2... hehe

credit: dari note facebook dan perjalanan bersama pak cik Google.com.

Video Robot Bersalin.

2 comments:

Peeka Syuhada said...

ohhh.. tp saya duka sardin .);

AnZai said...

samalah.. mama saya bru je msak kn sardin.. huhu